Tuesday, 17 July 2012

kurangkan berat badan masa bulan puasa.


Alhamdulillah! Bulan Ramadan akan tiba tak lama lagi dan kemudian Raya!yeay!!
ada siapa nak turunkan berat badan dalam bulan puasa? maklumlah bulan ramadan kat malaysia dah macam syurga makanan...bazar, hotel, mak masak lagi, jiran bagi...maka makanan melimpah ruah...dan kita pun tibai makan tak ingat baju raya yang bersaiz l,xl dan xxl...haish...pening...nnt pergi beraya ade je mulut makcik, sedare mara kata dah gemuk la, dah berisi, makin comel la...
kite pun sengeh je. paling2 nak cover kata senang hati la konon. iyo la tu...
ok!ni caranya TAPI sebelum tu nak pesan diet ni adalah untuk orang yang desperate dan terdesak sahaja dan sanggup bermati-matian nak turunkan berat badan...takde shortcut ,takde tanpa berlapar...ini adalah diet usaha jerih perih TAPI good news...sebulan je..keep that in mind..SEBULAN NI JE!! bulan depan tak payah bermati-matian dah...tapi insyaallah akan nampak perubahan.
yang ni lebih untuk bulan puasa punya. yang tak bulan puasa maybe lain kali.
ready??
1. TARGET
    target sangat penting. ini yang bantu kita. kenapa nak turunkan berat badan. jangan target nak kurus. nak kurus tu terlalu meluas...ada org berat 50 rasa dia gemuk lagi. (rasa nak baling ngan selipar je kat minah tu...).target berapa kg nak kurangkan dalam masa sebulan puasa ni yang sesuai dengan diri kita...dan hendaklah realistik. jangan la nak turunkan 15kg-20kg sebulan...2kg seminggu adalah realistik dan ok.  2kg x 4 =8kg...paling2 pun nnt turun 6kg. nampak sikit tapi sebenarnya orang akan perasan perubahan tu. kita pun akan rasa ringin sikit.
penting! untuk tulis target kita dekat kertas A4 atau manila kad. tulis besar gajah 'KURANG 8KG SEBELUM RAYA!!" atau '60KG PADA HARI RAYA!! dan tampal dekat dalam bilik dan pandangnya setiap hari. lagi bagus klu sebelah cermin. sambil tengok lemak sambil tengok azam.
2. penimbang.
 WAJIB ada!! beli yang paling murah je klu xde bajet .ada jual jenama Carrefour. tu ok. saya punya yang tu. murah dalam belas2 ringgit. dan selepas ada penimbang, apa lagi timbang la setiap hari.TETAPKAN satu waktu yang sama setiap hari untuk timbang. saya suka pagi setelah membuang segala. berat badan manusia paling kurang waktu bangun tidur. naikkan semangat dan bergembiralah dengan berat badan selepas bangun tidur!!
fakta> berat badan manusia akan sentiasa turun naik sepanjang hari so sebab tu penting tetapkan masa utk elakkan tekanan dan rasa bengang. percayolah! dan timbang sekali sahaja. jangan berkali2. tak baik untuk jantung anda.
3. bersihkan perut.
 ini akan guna sedikit duit... boleh beli produk yang boleh buat anda membuang air besar dan membersihkan usus. contoh... teh orang kampung, cleansing tea, produk jenama DIET PREMIUM, atau apple phyto fiber. tanyalah farmasi dan beli ikut kemampuan anda. beli sekotak sudah cukup atau ambil produk selama seminggu. anda akan lebih senang membuang air besar. produk ini akan bantu anda punya usus lebih cekap dan  akan buang2 kotoran yang memberatkan badan anda. klu anda ambil produk membersihkan usus, anda akan turun 1-2 kg. yang terbuang bukan lemak tapi adalah benda2 yang tersumbat dalam badan anda. klu waktu puasa pun boleh ambil produk ni. lagi membantu. ambil selepas buka puasa. tapi tak perlulah bergantung pada produk. ini akan buat anda terlalai dengan diet sebab akan timbul rasa ' takpe la. ada produk boleh hilangkan semua kalori yang aku makan tadi,hehehe...'...no way..takdenye mak jemah oi!
Klu xde produk, skip je…still boleh turun jugak…
4. jaga pengambilan kalori!!!
ini adalah yang paling penting. secara teorinya kalau nak buang lemak (lemak= kalori berlebihan) adalah dengan ambil kalori kurang dari yang kita gunakan. faham?? tak faham kan? camni...
 kita makan dalam 2000kcal/kalori setiap hari.
contoh:
sahur>nasi putih 260kcal + kari ayam 255kcal + sayur 60kcal +air manis 120kcal = 695kcal
berbuka>nasi goreng kampung 600kcal + air manis 150kcal + popiah basah 2 kpg 190kcal + murtabak 1/3 100kcal = 1040kcal
cilok mencilok selepas teraweh> +200kcal
jumlah keseluruhan = -+1900kcal
ok...itu yang kita makan.
aktiviti seharian tanpa senaman adalah lebih kurang 1700kcal.
jadi 1900-1700=200kcal. jadi kita dah berlebihan 200kcal!!!
itu tak akan buat badan kita bakar lemak.
badan kita akan bakar lemak bila kcal kita makan tolak aktiviti harian akan jadi negative.
contoh: kita makan=1000kcal
aktiviti= 1700kcal
1000kcal-1700kcal=-700kcal! yeay!!! then baru badan kita akan bakar lemak.
-700kcal sehari agaknya berapa kita dah kurang?? nak tahu??ade la dalam 90-1oogram dah kurang..wahaahaha! jahat gler kan kalori ni??
ni sebab untuk untuk bakar 1 kg lemak yang bergumpal dalam badan kita kita kena hapuskan -7700kcal.
tu kalau 1kg..klu nak 2kg??kena -15400kcal.
katakan kita nak turunkan 2kg seminggu kita kena pastikan kiraan kolori kita mesti  -2200 kcal sehari..gila betui!!apa nak makan dan apa nak buat???
Kiranya macam ni.
Makan-1000kcal
Aktiviti-3200kcal
Maka
1000kcal-3200kcal = -2200kcal sehari.
-2200kcal x 7 hari seminggu = -15400kcl
15400kcal = 2kg lemak!!!!!!!!!!!
Mati la kita…haaa..
Tapi tahukah anda benda ni possible. Lebih2 lagi masa puasa.
Mari kurangkan lagi kalori kita.
Sahur> kurma sebiji dan air kosong 500 ml =23kcal.
Wah…tu je ke sahur???
Yup. Tu je..jangan risau. Saya x masti pun. Ingat ! sebulan ni je berlapar. Alah….bukan x biasa tak sahur kan???
Berbuka>  Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori



Pilih antara salah satu dia atas dan pastikan jumlah kalori tak lebih dari 500kcal.
Boleh???
Contoh.
Nasi putih 260kcal + sambal udang  70kcal + sayur 100 kcal + popiah  1 kpg 90 kcal = 520kcal.
Pandai2 la adjust kurangkan nasi utk potong lagi  20 tu…
TIPS yang sesangatla berguna>>> JANGAN MINUM AIR MANIS LANSUNG!
Kalau dah teringin sangat minum je la secawan (70-120 kcal) tapi pastikan kurangkan kcal dalam makanan. Makan mihun sup. Tp kalau boleh tak yah hirup kuah sampai licin. Boleh kurangkan 10 kcal.
Susah jugak kan??? jangan risau…nabi makan lagi siket. Kadang kurma utk berbuka dan sahur, dapur rumah isteri2 nabi lama tak berasap. Kalau baca pasal kelaparan nabi , kita dah dikira sangat banyak makan.  Hasan HUsin cucu nabi tak makan apa  3 hari..latih diri ini untuk bersabar.
Sabarlah. Bulan ni je!!!  lepas raya makan la yang teringin sangat tu. alah! Dah berpuluh2  tahun hidup dan dah merasa semua tu.x yah nak teringin sangat la…yang kena teringin sekarang ni baju body cantik.
Ok…lets count the colories. Pandai2 la bajet. Google je semua ada.
Sahur>23kcal + berbuka 5o0 kcal.
523kcal- 1700kcal (aktiviti harian tanpa senaman yang aktif dan berpeluh2  sakan)= -1177kcal.
Yeay!!! Da kurang 1177kcal tapi kita kena kurangkan 2200kcal. Ingat  x?? ade lagi 1023kcal lagi!
Haaaaaa!!!!!!! Gila!! Mati aku!
Eh xde la…boleh je. nak turunkan 2kg minggu ni kan??? sabar!!! Bulan ni je.
Macam mana nak kurang yang lain tu??
5. Senaman la apa lagi….
Mana larat masa puasa beb!!
Tipsnye>>>>lepas bukak puasa la! lepas terawih (klu pergi la)…tapi pergi la teraweh. Itu pun dikira senaman jugak.
Lepas teraweh dalam kol 10-11 tu boleh dah senaman. Senaman apa???
Hehehehe…paling senang dan mudah> skipping.
Malu buat depan orang? Buat dalam bilik…alah…relax la…bulan ni ke aku gegarkan rumah ni..bulan depan aku nak senang lenang..
I minit skipping bakar  -+15kcal..ini berbeza utk setiap berat orang. Boleh buat calculation dekat calories calculator. Search google yek!!
So…masa mula2 buat macam nak mampuih la juga. Tips nye>>>buat kiraan lagi senang. Memula straight 50x..lepas tu stop…kawal pernafasan. Dah ok sikit lagi 50 lagi…klu rasa boleh sampai 100 teruskan.  Saya paling max 150 straight. Klu tersangkut cepat2 betulkan dan sambung balik kiraan. Buat total lebih kurang 300 pada minggu pertama, 400 pada minggu ke dua dan 500x pada minggu2 seterusnya…klu larat buat la sampai sejuta. Rasanya nak cukup 500x ade la dalam 20 minit campur break kejap dan tersangkut2 tu.
Caye tak semua tu hanya akan bakar 300-400kcal je…penat bukan main.cet~
Masih ada lebih kurang 600kcal lagi…hah…gila di buatnya…
Apa nak buat??
Berjalan….
Berjalanlah kamu se berjalan-jalannya…tapi klu larat jog lagi baik.  Berjalan 1 jam di  mana2 akan bakar -+250kcal. g bazaar (jangan tergoda sudah!!), g beli baju raya…klu free petang2 g jalan2 sekitar taman b4 bukak puasa, main dengan anak2 buah..ingat! lagi aktif kamu, lagi banyak kalori yang dibakar. Sentiasa cari alasan untuk bergerak. Sentiasa obsess utk bakar kalori dan sentisa terbayangkan 3200kcal kalori yang kena bakar..
Keyword>> OBSES!!!
Sentisa berangan dan sentiasa search tips diet dekat google…
PESANAN PENTING!!
Kalau anda masih lapar selepas bukak puasa (ingat!lapar. bukan nafsu) minum air kosong. Jika terasa lapar (ingat! Bukan nafsu nak mengunyah dan nak merasa) lagi…barulah lah makan sedikit. Kalau terlalu lapar selepas bukak puasa sehingga cam pening2, perut berkeroncong, tengok makanan sehingga terliur silalah makan buah-buahan dahulu dan minum banyak air kosong.klu masih nak makan, makan benda yang high fiber seperti oat 5 sudu+susu dan biskut oat 2 keping…klu lapo semuanya sedapkan?? Klu oat x sedap x lapar la tu…mengade je…
Ataupun minum susu low fat..anda akan kenyang dengan serta merta.
Kalau nak makan juga
Try resepi ni…
Sup sun.
Secekak suun + bawang putih + perencah bihun sup adabi 1/3+garam. Boleh taruk sayuran favorite anda. No ayam,no fish cake,no minyak. Rebus semua…menu org diet mmg tak berapa nak sedap..biasala….nak sedap time raya
Jangan kebulurkan diri anda!!! Bila telalu lapar badan akan bagi signal untuk rendahkan metabolism jadi akan menyebabkan badan kurang bakar kalori.
So…just don’t stave yourself to death…
6. minum air kosong > dari 2l sehari.
Sahur pastikan minum air 500ml /2 cawan mug.
Sebelum makan berbuka 250ml /1 cawan
Satu jam selepas berbuka 500ml
Pukul 9 250ml lagi
Pukul sepuluh sebelum senaman dan di antaranya>500ml
Sebelum tidur>>250ml.
Memang menyeksakan dan x sedap lansung…rasa nak termuntah jek!
Tapi sabar je la…no pain no gain…sebulan ni je…
Memang asyik nak terkencing je… tapi sabar je la.
Hhmm…tu je la.
Klu usaha sikit boleh turun turun 5kg -8kg bulan ni..klu nak turun 10kg susah sikit la..sikit2 la… makan 500kcal dah terlalu sedikit.so jgn kurang lagi…dan klu lapar sangat cari makanan yang kurang kalori tapi kenyang. Kena pandai pilih. ALWAYS bace jumlah kcal dekat belakang label makanan. NO FAST FOOD,NO SUGARY DRINKS AND NO DESSERT. Alah!!sebulan ni je…bukan x boleh makan lansung.nnt makan la. MCD tu dah berpuluh tahun makan, tahan sikit bulan ni.
Nak makan ayam percik pun boleh…tapi google dulu berapa kalori dia. Pastikan dalam bajet.  Makan apa sahaja tapi asalkan dalam bajet kalori kita.
Hhmm…apa lagi nak membebel ni???
Good luck lah!! Pape hal boleh tanya ye…

2 comments:

  1. nice tip..

    p/s:pertanyaan awak tentang oman tu.akak g by car dr Qatar.bkn pki agency pun.hehe.maaf ye tak dpt membantu.selamat melancong ke oman.mmg indah oman.

    ReplyDelete